Monday, March 3, 2014

PENGENALAN CAHA ENTERPRISE

                     CAHA ENTERPRISE
                Lot 3454,, Pedas Gaing Baru,71400 Pedas, Negeri Sembilan D.K
LATAR BELAKANG SYARIKAT  

CAHA ENTERPRISE 
yang telah ditubuhkan pada 10hb April 1996 beralamat di LOT 3454,PEDAS GAING BARU,71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN,D.K.. Sebuah syarikat yang dimiliki 100% bumiputra termasuk pihak pengurusan pentadbiran dan teknikal.Diawal penubuhannya syarikat ini hanya terbabit dalam kerja-kerja sub-kontrak  tetapi pada tahun 2010 syarikat ini telah mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain dalam memperolehi kontrak kerja-kerja merangkumi kerja-kerja kejuruteraan awam, penyelenggaraan dan perkhidmatan. Syarikat ini juga menjalankan perniagaan membeli dan merobohkan rumah lama serta perkhidmatan membina dan menjual  bahan-bahan kayu terpakai yang bermutu tinggi khusus untuk mendirikan bangunan berasaskan kayu seperti GAZEBO, VILLA KAYU, ANJUNG SANTAI, HIASAN SOKONGAN TAMAN, PERGOLA dan sebagainya.Dengan sentuhan kayu-kayu yang bermutu tinggi,tahan lasak dan kalis air menyerlahkan lagi struktur binaan dan menjadi pilihan popular dikalangan pencinta seni taman dan seni binaan yang inginkan kepuasan.
CAHA ENTERPRISE 
diuruskan sepenuhnya oleh MOHD ZAINUDDIN BIN MD NOOR selaku Pengurus syarikat serta MOHD SHAHARUDDIN BIN MD NOOR selaku Pengurus Teknikal & Kewangan dan dibantu oleh beberapa  kakitangan  dalam pengurusan syarikat berkaitan urusniaga dan kerja-kerja yang dijalankan.Meski pun sebagai sebuah syarikat yang dianggap masih mentah dalam dunia perniagaan, namun berbekalkan keberanian untuk bersaing secara sihat dengan pesaing-pesaing, syarikat kami sanggup menanggung risiko turun naik dalam perniagaan serta semangat azam yang tinggi  CAHA ENTERPRISE  akan terus mara kedepan serta sentiasa mengekalkan prestasi yang tinggi  serta menimba lagi pengalaman dalam mempelajari selok belok dunia perniagaan yang semakin mencabar diera kini.
CAHA ENTERPRISE  
akan meneruskan urusniaga ini dan mengambil peluang yang diberikan kepada syarkat kami dengan penuh tanggungjawab dan kami amat-amat berharap serta tidak  mustahil untuk syarikat kami menjadi penyumbang menjana pembangunan MALAYSIA kearah WAWASAN 2020 dan dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.